Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Yang Di-Pertuan Agong tunai Sembahyang Jumaat di Jame’ Asr

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Dalam rangka lawatan khas ke NBD selama tiga hari bermula kelmarin, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat bagi menunaikan Sembahyang Fardhu Jumaat di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Turut berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan anakanda-anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang lain.

– Gambar oleh Muiz Matdani

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.