Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Tesla Shanghai keluarkan 2 juta unit kenderaan

SHANGHAI, 6 SEPT – Kenderaan ke-2 juta yang dikeluarkan oleh Tesla Gigafactory Shanghai melancarkan pemasangannya hari ini, mencapai kejayaan baharu, kata syarikat itu.

Pada Januari 2019, kilang Shanghai Tesla, Gigagactory pertama pengeluaran kereta itu di luar Amerika Syarikat, memulakan pembinaan dan menghasilkan kenderaan pertama pada Disember tahun tersebut.

Kilang Shanghai mengeluarkan 1 juta kenderaan pertama dalam masa lebih daripada 30 bulan, manakala mencapai 1 juta kenderaan kedua dalam masa kurang daripada 13 bulan, menurut syarikat itu.

“Peningkatan kelajuan pengeluaran Tesla tidak dapat dipisahkan daripada persekitaran perniagaan yang unggul di Shanghai, terutamanya kawasan istimewa Lin-gang di zon perdagangan bebas perintis Shanghai,” kata Song Gang, Pengarah Kanan pengeluaran di Tesla Gigafactory Shanghai.

Dalam lapan bulan pertama tahun ini, Tesla Gigafactory Shanghai telah menghantar lebih daripada 600,000 kenderaan, melebihi jumlah keseluruhan yang dicapai pada tahun 2021. Ia telah menjadi hab eksport global bagi Tesla, yang keretanya kini laris terjual di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. – Xinhua

Orang ramai melawat tapak Tesla di Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) di Beijing baru-baru ini. – AFP