Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Remaja 14 tahun tikam 3 guru, 2 pelajar

MADRID, 28 SEPT – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang disifatkan sebagai pemarah, didakwa menikam tiga guru dan dua pelajar di sebuah sekolah di selatan Sepanyol sebelum digagalkan, menurut pihak polis.

Budak lelaki yang tidak dinamakan itu didakwa menikam lima mangsa selepas kelas bermula di sekolah di Jerez de la Frontera, kata jurucakap polis, Adrian Dominguez kepada wartawan di tempat kejadian.

“Polis menjumpai suspek di tingkat tiga bangunan sekolah tersebut. Dia didakwa membawa dua pisau yang digunakan untuk menyerang tiga guru dan dua pelajar,” kata Dominguez. Beliau menambah bahawa suspek telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. – AFP

Gambar Freepik