Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Ramai penduduk Perancis tidak mampu makan 3 kali sehari

PARIS, 7 SEPT – Semakin ramai penduduk di Perancis terpaksa mengurangkan kos untuk makanan dan kesihatan kesan daripada masalah kewangan yang dihadapi, menurut tinjauan baharu, kelmarin.

Menurut tinjauan Ipso yang dijalankan bagi pihak organisasi bantuan Secours Populaire (People’s Relief), 32 peratus reponden tidak mampu untuk membeli makanan yang mencukupi atau makanan sihat bagi memenuhi keperluan makanan tiga kali sehari, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kebanyakan memilih untuk mengehadkan penggunaan daging, dengan 72 peratus mengatakan sekali-sekala sahaja menikmati daging.

Dalam tinjauan yang dijalankan selama dua hari bermula 17 Jun, Ipsos menemu bual 996 orang berumur 16 tahun ke atas melalui telefon.

Sebanyak 43 peratus daripada responden mengatakan mereka tidak lagi mampu untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Peningkatan inflasi dan harga barangan yang melonjak menyebabkan ramai rakyat di Perancis kini berada di bawah paras kemiskinan.

Sebanyak 53 peratus responden mengatakan yang mereka tidak boleh membuat simpanan, manakala 18 peratus lagi mempunyai baki negatif dalam akaun bank. – Bernama

Gambar Freepik