Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Concepts rasmi ruang pameran baharu

Oleh Sim Y. H. –

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Dalam menyediakan perkhidmatan dan pengalaman pembelian yang lebih selesa kepada pelanggan, Concepts Computer telah mengubah suai dewan pamerannya di Kiulap, yang telah dirasmikan semula hari ini.

Hadir untuk sama-sama menyempurnakan perasmian semula ruang pameran yang berwajah baharu berkenaan ialah Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao; Pengawal Kewangan bagi Concepts Computer, Alice Chan; Konsultan Penasihat Perniagaan, Chua Yu Foong; Eksekutif Runcit Kanan bagi Concepts Computer, Dayang Azalinah Tuah dan Eksekutif Pemasaran di Concepts Computer, Awang Zul bin Abdul Rahman.

Mengulas mengenai ruang pameran berwajah baharu berkenaan, Vincent Pao berkata dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, pihaknya tidak akan berkompromi, oleh itu, ia merupakan satu keputusan yang mudah bagi mereka untuk mengetengahkan ruang pameran yang baharu sebagai komitmen untuk memberikan layanan serta perkhidmatan yang terbaik kepada rakan kongsi dan pelanggan.

Melihat ke hadapan, beliau menyatakan bahawa pada 2024, Concepts akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya, oleh itu, mereka sentiasa ingin memberi yang terbaik kepada pelanggan di mana ruang pameran berwajah baharu berkenaan merupakan permulaannya.

Beliau turut menyatakan, dalam 24 tahun Concepts Computer berada dalam pasaran Brunei, ia terus komited untuk mengetengahkan pekerja anak tempatan dan memberikan mereka peluang untuk memasuki industri IT Brunei melalui bidang jualan dan perkhidmatan.

Vincent Pao (tengah), Alice Chan (dua kanan), Chua Yu Foong (dua, kiri), Dayang Azalinah (kanan) dan Awang Zul bersama-sama menyempurnakan perasmian semula ruang pameran baharu Concepts Computer, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y. H.