Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

China jadi penyumbang positif kepada usaha kemanusiaan dunia

BEIJING, 6 SEPT – Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Palang Merah Antarabangsa (IRC) Mirjana Spoljaric Egger di Dewan Besar Rakyat Beijing, kelmarin.

Pada pertemuan itu beliau memuji usaha IRC dalam bidang kemanusiaan antarabangsa sejak ditubuhkan pada 160 tahun lalu, serta sumbangan penting pertubuhan itu terhadap kedamaian dan kemajuan dunia.

Menurut Xi, dunia kini sedang mengalami perubahan yang tidak pernah berlaku dalam tempoh ratusan tahun lalu, manakala masyarakat manusia pula menghadapi pelbagai cabaran termasuk yang lama dan baharu.

“Dengan situasi sedemikian, China tidak hanya menjaga kepentingan diri sendiri, tetapi meningkatkan kerjasama dengan pelbagai negara untuk mencari cara penyelesaian serta mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

“Saya telah mengemukakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI), bertujuan untuk bersama dengan pelbagai negara mewujudkan pembangunan ekonomi, menambah baik kehidupan rakyat, mewujudkan situasi sama menang, serta menyediakan idea dan pelan China untuk meningkatkan tadbir urus global dan pengurusan isu kemanusiaan,” kata Xi. – Bernama

Presiden China, Xi Jinping semasa bertemu Presiden IRC, Mirjana Spoljaric Egger di Beijing.- Xinhua