Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Bekas suami salahkan anak Abby, Norman

Susulan pendedahan dibuat dengan mendakwa bekas suaminya menjalinkan hubungan dengan anak kepada dua selebriti, wanita dikenali Umisya Mazlan tampil memuat naik sebuah video di laman X miliknya.

Menerusi video berkenaan, individu dipercayai suami wanita itu, Ahmad Aslam dilihat cuba menyakinkan Umisya dan ahli keluarga bahawa dia nekad berubah selepas menyedari kesilapan dilakukan terhadap isteri dan dua anak mereka.

Apa yang mencuri perhatian, lelaki berkenaan dilihat cuba menyalahkan anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim yang didakwa ‘mengejarnya’ walaupun mereka sudah memutuskan hubungan.

Menerusi perkongsian mStar, lelaki itu mendakwa lemah dengan situasi itu dan tidak boleh melawannya apabila remaja berkenaan Marissa Dania Hakim, 18, mengejarnya.

“Aslam tak boleh. Sekarang nak main nama Allah, orang dah tak percaya. Aslam nak minta maaf pun tak ada guna dah.

“Tetapi Aslam boleh cakap, selepas apa yang terjadi Aslam dah nekad nak berubah. Boleh tanya Chacha (Misya)… Satu bulan lebih macam itu.

“Dia datang balik, kejar-kejar Aslam. Aslam tak boleh. Aslam pernah cakap, satu kelemahan Aslam tak boleh lawan kelemahan Aslam,” katanya menerusi rakaman video berkenaan.

Video pertemuan itu dipercayai bersama ahli keluarga Umisya selepas berlaku salah faham di antara mereka. – Agensi

Umisya Mazlan (kiri) dan Ahmad Aslam (kanan). – mStar