Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Anna Jobling berduka kehilangan bapa

Bapa pelakon Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling Abdullah meninggal dunia pada malam kelmarin.

Berita pemergian Abdul Rahman dimaklumkan sendiri oleh Anna melalui hantaran di Instastory miliknya hari ini.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian bapa kesayangannya itu.

“Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada malam tadi,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bapa yang baik dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Anna turut memohon doa orang ramai dan bacaan Al-Fatihah buat bapanya.

“Anna mohon jasa baik awda semua sedekahkan Al-fatihah untuk arwah,” ujarnya. – Agensi

Anna menyifatkan bapanya sebagai seorang yang sentiasa memberi sokongan. – mStar